Babah saya mencari sahabat karibnya;
NAMA : MANRAIE itupun nama gelaran sahaja. Nama itu saja yg babah saya tahu maklumlah budak2 lagi pada zaman itu. Mereka berkawan semasa zaman 60 an, dan
TINGGAL DI ALAMAT TERAKHIR: Kuaters Tentera Seleno Line, Kemuting, Taiping, Perak. Tidak salah dalam lingkungan usia mereka semasa tu berumur antara 10 tahun ke 13 tahun. Babah saya teramat merindui sahabat karibnya yang berpindah tanpa pengetahuannya. Hanya maklumat itu sahaja yang babah saya ingat tentang sahabatnya itu.😔😔.
SESIAPA YANG BOLEH MEMBANTU DAN ADA YG MENGENALI MAKLUMAT INI MOHON YA BERITAHU SAYA SEGERA TERIMA KASIH.
Sedikit kenangan mereka :
Dia lah satu-satunya kawan babah yg paling setia masa itu. Bila babah kena pukul dgn maktok, dia lah yang akan datang bawa makanan beras dan macam-macam lagi ke pondok kami di bawah tanah. Dia juga ada bawak rokok 3 lima, sebab kami hisap rokok. Sesiapa pun tak tahu pondok tu hanya kami berdua sahaja yang tahu. Bila dah larut malam baru maktok cari babah. Kemudian kawan babah tu lah beritahu, "Mal, mak kau cari."
No comments:
Post a Comment