Saturday, July 20, 2019


INFO KESIHATAN
🌸KHASIAT SIRIH : SEBAGAI AGEN PENCUCI
       Kenangan minggu lepas semasa pulang bercuti di kampung halaman saya iaitu di Tanjong Karang, Selangor membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi akan khasiat yang terdapat pada daun sirih. Hal ini kerana, sepanjang berada di kampung kasihan melihat ibu yang mengalami sakit mata. Katanya ibu, kalau setakat gatal atau mata kabur boleh juga pakai daun sirih. Melihat keadaan mata ibu yang merah menyala akhirnya ke Farmasi juga saya bawa. Sebelum kami ke farmasi sempat dia ke halaman pokok-pokok herbanya untuk mengambil juga daun sirih dan menceritakan beberapa khasiat yang terdapat di dalamnya :-
🌿PEMBERSIH MATA/MERAWAT KEGATALAN MATA : Ambil 1 helai daun sirih dibersihkan dahulu kemudian ramas di dalam mangkuk bersama anggaran 1 cawan air.
🌿Rendam mata di dalam air sirih sambil buka dan tutup mata (hanya sekejap) ulang 2 kali kemudian bilas.


☘️PEMBERSIH INTIM WANITA : Ambil 3 helai daun sirih dibersihkan. Rendam dan ramas sirih dengan air suam (anggaran air suam 4 cawan) tidak perlu bilas. Amalkan 2 kali sehari

🌱BENGKAK SUSU/MEMBANYAKAN AIR SUSU : Ambil 2 helai daun sirih (bersihkan) layurkan daun sirih atas api setelah itu tekapkan pada payudara.

🍀MERAWAT PENDARAHAN KECIL : Jika hidung anda mengalami pendarahan kerana panas badan. Ambil 1 helai daun sirih bersihkan kemudian gulung daun secara memanjang dan masukan ke dalam lubang hidung.

Sirih tumbuhan semula jadi bersih dan selamat untuk digunakan.Jaga kesihatan dengan bahan semula jadi😊
#Ardafimobilespakotabharu
#Ardafimobilepasirtumboh
#sihatdancantikdenganArdfimobilespa
Book slot anda di Ardafi Mobile Spa :
http://www.wasap.my/+60146070979

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.., Babah saya mencari sahabat karibnya; NAMA : MANRAIE itupun nama gelaran sahaja. Nama itu saja yg babah saya tahu maklu...